Melaka International Bowling Centre (MIBC)
Tempat pertandingan Bowling di Melaka
Tempat pilihan untuk dijadikan tempat pertandingan bowling suka-suka kami di Melaka ni dipilih oleh team urusetia. Tak lain tak bukan lokasi yang mudah iaitu Melaka International Bowling Centre atau dipanggil MIBC.
Kalau ikutkan sejarahnya Melaka International Bowling Centre ni mula dibuka pada tahun 2013 dan menyediakan sebanyak 52 lane untuk bermain. Aku dah sampai sini pun tengok tempat ni memang besar betul la. Puashati masa masuk.
Kat sini ada harga special kalau korang staf kerajaan yang nak buat event kat sini. 3 game cuma RM27 je..murah kan? Haa.. itu antara sebab urusetia pilih buat kat sini agaknya walau kami ni bukan ramai sangat pun waktu tu. Normal rate di MIBC Melaka ni cuma RM7.50 je untuk satu game kalau korang datang pukul 10 pagi hingga 5 petang. Kalau waktu malam tu harganya RM8.
Kisah awal cadangan main bowling
Kisahnya waktu awal-awal dah buat keputusan nak adakan bengkel ni, bos bagi cadangan untuk kami adakan pertandingan boling suka-suka antara kami peserta bengkel. Disebabkan semua VetEC hantar wakil untuk bengkel jadi bos cadangkan kami hantar nama peserta untuk permainan boling ni sekali jalan la kiranya.
Aku rasa macam tak best jugak mulanya sebab aku bukan pandai main bowling pun selama ni. Selalu main pun dengan anak-anak je la. Itu pun ada sekali je tahun ni masa aku ceritakan kisah luangkan masa bersama anak-anak aritu je pun. Sekali bos ajak untuk bertanding pulak dah. Mana maunya nak main.. hahaha.
Tapi disebabkan fikir ini untuk suka-suka dan mengeratkan hubungan kami sesama Seksyen Pengembangan je. Jadi kami support la cadangan bos akhirnya. Kami bayar yuran untuk permainan masing-masing dan kami bawak satu hamper untuk jadikan hadiah. Nama pun suka-suka kan..
Pertandingan Bowling Suka-suka Seksyen Pengembangan
Kami main 3 game jugak untuk malam tu. Macam-macam ya yang berlaku pada malam pertandingan tu. Dah nama pun pertandingan suka-suka kan. Baling je la bola boling tu ikut kepandaian masing-masing. Yang tak bestnya pulak disebabkan orang dah ramai waktu kami sampai tu, jadi bola boling tu dah tak banyak la pilihan dia. Yang ada pun bola yang berat-berat je dah. Ada bola yang kecik pulak tak muat masuk jari. Jadi sakitlah jari pulak.
Dan paling kesian bila kami terpaksa je guna lane mana-mana yang kosong. Kebetulan ada perlawanan boling team lain jugak malam tu. Diaorang tu lagi meriahlah sebab ramai. Jadi dalam pada duduk mana-mana lane tu kami dapat jugak lane yang tak berapa berfungsi dan rosak beberapa kali. Palang tak naik la. Pin tak susun la.. macam-macamlah. Ada kawan-kawan yang kena pindah lane sampai 2 kali pun ada.
Paling best sebab kami memang banyak gelak je la malam tu. Sebabnya kawan di lane sebelah yang memang sangat lucu. Diaorang baling 2 kali masuk longkang tapi palang tak jatuh pun dan balingan tak dikira selagi tak kena pin. Hahaha... kira tak aci la kan? Banyak kali kawan tu dapat balingan percuma. Puas la main sampai sakit tangan masing-masing.. hahaha.. dari tak pandai main terus jadi juara... hahaha.
Tapi dalam banyak-banyak kisah terpaling tragedi pada aku ialah bola boling yang aku baling tu menghala ke belakang, bukan menghala ke depan tepat ke pin. hahaha.. lucu betul la.. ntah kenapa jadi macam tu ntahnya. mujur tak kena kepala orang la..adoi la..
Dan akhirnya aku berjaya dapat hadiah hamper untuk pemenang di bawah kategori penyandang mata konsisten terendah. Dapat bos kepala matematik macam ni la ya.. semua dikira.. hahaha.. terima kasih la bos. Dapatlah bawak jajan sikit-sikit kat anak-anak.
Pada aku pertandingan macam ni patut diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Sekali sekala kita lepaskan tekanan pada bola boling ok jugak kan. Tapi bukan boleh selalu la.. kita bukan pemain profesional pun.
Assalamualaikum semua, masih lagi kisah yang berlaku bulan lepas. Tak sempat lagi nak ceritakan pengalaman kami bermain bowling di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Harap masih belum terlambat nak flashback ya. Baru ni ada aku ceritakan kisah kami ke Melaka dan menginap di Bayou Lagoon Park Resort.